? ??????????????Golden Afternoon? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??24 Grabs Today. 508 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 Ratings)??24 Grabs Today. 97865 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Totally Vaycay!? ????? ?????? ???Rating: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, April 27, 2009

Minyak Masak SAJI jd Minyak Pelincir....

Hah????

Bior bonar????

Syok je dia tuang ekk???....

Boley caya ke ni bang???
Try lak nak mtk pendapatan ..(pinjam mama nye ayat power....) korang yerk....
betol ke?? camtu aku nak wat gak laa....hehehhe
MINYAK SAJI
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara. Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgr oup.us/oil. htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Nota Dak Aspa : Adekah boleh diguna pakai?????? sila la komen yerk.....







19 pengkritik terhebat:

mamarempit said...

apa lagi??? Jom la pakat2 gi merket...pi beli minyak saji...kalo tk de...amek je tudung saji kt umah tebu....

Aspalela said...

wakakakaka..mama nie...
todong bawal buleh x ma...
lagi mahal tudung bawal tu..lagi la x yah kuar sesen pon maa klu letak jd myk injen ni,,keh3...

Noraliza Ramly said...

lorrrrrr tak dpt pes.....uwaaaaaaaaaa

Kudus Ahmad said...

Boleh pakai gak ni, time sesak le. selamat sikit.

tapi dari segi technical nye, aku rase tak boleh. Kalau boleh dah lame dipublishkan. Berape lame boleh tahan tak tau. biasenye engine kete boleh tahan sampai 200,00 km atau lebih tanpa overhaul. Tapi kalau pakai minyak masak tu tau le berape lame boleh tahan. Biar parah sikit poket, jangan meletup engine udah ler.

Jangan le ambik tudung saji dekat rumah aku mama, nanti tak leh nak tutup makanan aku nanti.

Noraliza Ramly said...

pa aku maleh nak baca......ko tolong bacakan utk aku pa......hehehheeeeeeee

ieda Harun said...

kekekeke kat blog kawan2 pun nak kejo jd jore ke lizz..lawok le ko ni..

tp btl ke blh minyak ni..kang x sampai setahun runtuh engine..adoiii x kose le cr mslh..sayang weh ngan keta itam aku tu....

Aspalela said...

LIZ>>>hahhaha...mama dtg lenggang kingkong je..teros dpt pesss!!
jampi serapah kuat tu...:-^

CONAN>>>takut la ekk..memandai je letak myk msk..tup2..kete tersenggok2...sekali kena oberhol...duit simpanan pon x cokop....uuuu...x mau la....

Aspalela said...

KAK CUTE>>> Tau xpe kak...org tarik kete masok w/shop la yg tepok tangan.....
yang kita tepok dahi pat blas kali...adehhh!!!

mama mya said...

uit biar betul, cam nie kena pi borong minyak masak lorr hihihi

Aspalela said...

MAMAMYA>>> hahahha...kang myk masak jd barang terkawal lagi lorr cam dulu tu...hehehhe

Noraliza Ramly said...

pa camtu ko blh goreng ikan le pa.....hehheeeeeee jaga2 hangit...

manusia biasa said...

mak ai..siyes ka 2..mcm x nk pcya ja..adei

S@Y@NGH@SNI said...

uihhh boleh caya ker nie...
nak juga buat nie..
boleh jimat banyak kalau guna minyak kelapa sawit nie..
pernah tgk rencana kat discovery..
diorang guna minyak goreng sebagai ganti petrol...

Aspalela said...

Lagi2 LIZ>>>ye ar kan....tgl bwk koli je...dah buleh gorg ikan jeket.

SMAI>>>aku pon cam x nak pecaya la...tp aku saje je tepek kat sini... :)

SYG>>>Tu le antara pecaya ngan tidak!! Kita tgk dolu derang buat okey ke tak?? klu derang kata okey...kita simpan stok myk masak byk2...amacam??? :P

Kudus Ahmad said...

Simpan stock minyak masak banyak² kene rajin masak baru betul... boleh aku tumpang sekaki. hehehe

Masviona said...

minyak masak saji je ke...yg cap lain2 tuh leh gak ke...hehehee

Aspalela said...

CONAN lagi>>>Boleh3..nnt kaki hang aku wat sop gear box?? amacam???

MV>>>Boleh la mana2 kot..jnji myk sawit...jgn letak myk tanah udahle...kui3...:-*

Kudus Ahmad said...

syok sup gear box, tapi kolestroll tinggi la. senang kene daranh tinggi.

Aspalela said...

CONAN>>> Ye la kan..tp sesekali ape salahnye ye tak?? pulak tu time ujan2..sejuk2 gitu..mabelesssss