? ??????????????Golden Afternoon? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??24 Grabs Today. 508 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 Ratings)??24 Grabs Today. 97865 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Totally Vaycay!? ????? ?????? ???Rating: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, July 28, 2009

Udang Geragau.....eee.. yarkkk!

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.



Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.



Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.



Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.



Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

P/S : aku dpt ni dr emel aku.......so, aku kopipes je kat sini....lg pon aku tgh takde idea...


draw

-Dak Aspa-

Nota Dak Aspa : Geli sunggoh tgk keadaan spt gambar2 di atas.....

Dr. Fadhilah Kamsah berkata......

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."





Nota Dak Aspa : Renung2kan dan selamat beramal....

Perang Dunia ke -3


Gambar di atas tiada kena mengena dgn cerita di bawah!

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender Bukankah itu Bush dan Powell?.

Bartender menjawab Iya, itu memang mereka.

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?

Bush menjawab
Kami sedang merancang perang dunia ke-3.

Jawab lelaki

Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?

Bush menjawab
Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
Penjual Basikal?

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata
Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?



BENAR KAH APE YANG TERJADI SEKARANG SEPERTI LAWAK DI ATAS???????

FIKIR-FIKIR KN LAH....

CELIK KAN MATA DAN MINDA KITA........


Nota Dak Aspa : Selamat beramal

Wednesday, July 22, 2009

Susah Sangat Ke Nak Ucap TERIMA KASIH?

Sama tajuk dgn Luth

Terima Kasih....
kerana sudi dtg menjengah dan singgah di blog aku nie...

"Terima Kasih, Thanks, TQ...."
adalah 1 ayat yg ringkas utk disebut...terkadang ia akan keluar dr mulut kita secara tanpa kita sedari...contohnya ketika urusan berjual beli di kedai runcit....atau di pasar2 mlm....

"ini duitnya.....terima kasih..saya jual!" kata si penjual

"sama-sama...saya beli!" kata si pembeli pula....

Semua masyarakat tak kira Melayu, Cina, India.....semua akan menggunakan ayat "terima kasih" dlm dialog kaum masing2.....aku kagum disitu. Dan Alhamdulillah di tempat aku masih lagi tebal ayat "terima kasih" itu diguna pakai..terutama di kedai kecil atau di pasar2....

Tp ada juga yg berat mulut mengucapkan ayat mudah itu....contoh yg plg ketara apabila membuat bayaran di kaunter pasaraya besar....

Aku nak cerita di pasaraya besar tpt aku....kdg2 bila buat pembayaran..takde sepatah haram pon ayat "Terima Kasih" slps selesai urusan jual beli...malah yg sering kedengaran...

"ade Mesra Card?" .."ade Real Reward card?".."ada The Store Card?"

"ada..sekejap ekk"...sambil tercari2 kad..."nah!"

treeettt treeett treeet.....
amek plastik kendian isi2 brg.....kdg2 klu ade kwn2 si cashier tu..dia leh borak2 smbil amek duit kita dan pulangkan bakinya jika ada....itu takpe lah kan, boring jugak klu keje serius sgt...

Tapi bila mana masa pulangkan baki duit atau serahkan brg2 kita......mulut otomatik senyap aje....dan terkadang pembeli pulak yg ucap terima kasih..terima kasih atas sbb apa? mungkin sbb memborong brg di pasaraya mereka....huhuh....rasa terbalik kan???

Lagi 1 ketika berselisih di jln yg kecil terutama di kampung.....spt juga Luth, apabila kereta berselisih, salah 1 kereta mesti akan memberi ruang jln bg memudahkan perjalanan lebih sempurna...Apabila telah diberi laluan..kereta kedua menonong tidak mengangkat tangan atau membunyikan hon tanda mengucapkan terima kasih...apakah perasaan pada si pemandu kereta yg membri jalan itu??? mmmm.....

Jadi selepas ini, sama2 lah kita ucapkan perkatan 2 ayat ini "terima kasih" atau "thanks you", kan sedap hati bila mendengarnya....kemungkinan perkataan itu la yg menghiburkan hati kita dan memberi semangat pada kita utk melakukan sesuatu kerja....

Terima kasih ye kalian semua..sbb sudi baca N3 aku yg ntah ape2 nie....lama tak berhapdet, cam janggal pulak ayat! :P



Nota Dak Aspa : Anak bos aku pon pndai sebut ...."terima kasih"....(anak cina umur 2 tahun tau!)
kagum aku!

Monday, July 13, 2009

Sebenier dari .....

Balik keje smlm ptg, aku tekejot katak Frog 3 sbb tgk2 kat petisurat aku ade kotak adiah....
Woww! sapa la secret admire aku yg rajin bg aku adiah2 gini ekk???
huhuhu.....tetiba perasan cam diva terunggul di akhir kurun zaman batu...haih!!

Yesss!!
YUS.....aku dah dpt dahhh...tp malang nyerr...

tgk dari zahirnye pon dah tau keadaan batiniah nye...


sayunyer yusss......blm smpi ke tgn aku...dia dah pecah la beb!!..sobsobsob


hanya ini jer yg dpt aku simpan yusss!!

Walaupon aku dpt dlm keadaan yg mengharubirukan yuss..namun aku amat berterima kasih pd ko sbb bersusah payah mengepos kan sebenier ni....Biarlah sapu tgn itu aku simpan sbgai tanda persahabatan kita yekk....aku amat2 terharu!!!

Oh yea yuss...aku mohon2 sgt kat ko agar memberikan aku alamat surat menyurat ko ye yus!...
pleaseeeeeeeeeeeeeee........ Leaf Pile anto by emel yek yus!

Dan akhirkata dari aku yg kudus mulus ini...
Semoga persahabatan kita akan kekal selamanye.....

Terima lah ciuman terbang aku ni ye yus....moga ko bahagia hendaknye...


Yang Benar:
Tn Tanah Kedaung....Blow Kiss



**cehhh!! pesal tetiba ade sign2 bagai nie?? cam nak tulis surat rasmi tapi tak jd jerk!!!


Nota Dak Aspa : RollMula2 happy....sekali bukak...Tantrumsedih la pulok!! hukhukhuk

Award Nabila....


Mmm....
cantekkk kan Award aku dpt ni....ni hadiah persahabatan dari Nabilah.
dah lama dah dia soh amek...tp aku je tak sempat nak pikol bwk balik rumah aku nie..huhuhu.
Sory ye Nabilah....

Dia soh komen ttg blognye bertajuk 'Apa Kata Hati...'
Oleh krn aku dah amek award nye ni..maka aku komen la sekali yerk..

Komen :

  • penulisaanye amat baik...senang faham.
  • Layout nye aku amat suke....cam rasa di alam fantasi pulak gitu.. :)
  • banyak award awak ye nabila ..huhuhu!
Okeyy! tu je komen saya...
Moga jd sahabat blogger ye slps ni....daaaa


Nota Dak Aspa : Kurang idea laa...

Tuesday, July 7, 2009

Tak Faham..Tak Faham!

weng weng!!!...
Huu laaaa...kesian korang asek tgk belalang mengangkang je kan...hiksss....

Wokey lah....aku nak story skt la ari nie...

Camnie..

Aku ade mbr yg dah hampir setahun la aku kenal..start bolan pose taun lps..
Memula aku kenal dulu, dia ni sorang yg agak cenderung pd agama..Sbb dia pnh tye kat aku ape hukum mewarnakan rambut selain inai, ape hukum meluruskan rambot (rebonding), ape hukum buang bulu roma kat muka, ape hukum buang bulu kaki/tgn, ape hukum menipiskan bulu kening dan mcm2 lagilah. Aku kata aku tak berapa tahu lbh mendalam ttg hukum2 ni..yg aku tau kita kena menjaga penampilan kita agar nmpk kemas & selesa serta cantik di pandangan mata org ramai...Itupon dah termasok dlm kerohanian kita menjaga imej sbgai org Islam...Dan lagi 1 yg paling penting..Menutup aurat! Aku syorkan dia rujuk pada ustazah la, sbb dia pon mmg ade berhubung dgn Ustazah kat sekolah lamanye..kan mudah kan?...Ok! stop cerita ni...

Terus lompat pulak... setengah tahun kemudian...

Biar lah aku namakan dia ni Idah ekk..

Okey, slps stgh tahun aku kenal idah ni, dia ingin bertunang pulak..Alhamdulilah aku kata!!!
Tapi sblm bertunang idah menempuhi onak ranjau sbb bakal tunangnye telah jatuh hati dgn pompuan lain di tpt kerjanya di Kajang sana...Dari situ setap hari setiap saat Idah akan menghabiskan masa rehatnya di suarau di mana tpt aku merehatkan diri juga dgn membaca surah Yassin dan sembahyang sunat serta berdoa pd Allah agar bakal tunangnye kembali semula padanya. Dgn berkat kesabarannye & keredhaan Allah dan stlh berubat kesana kemari..Alhamdulillah, bakal tunangnye tlh dpt melupakan pompuan tersebot...Riak kebahagiaan amat ketara terpancar di wajah mulus si Idah nie dan pada bln 2 yg lalu idah telah melangsungkan pertunangan dgn bahagianye...

Sekarang ni..aku perhatikan stlh Idah bertunang, dia amat lah berbeza sekali berbanding setahun yg lalu. Muka yg dulu ori tidak pernah mencalitkan mekap..kini tlh ditempek dgn barang solek yg agak mahal dan aku yg bergaji lbh sdkt dari idah pon agak tercungap2 bila mendengarkan harganye utk sebulan adelah RM150-200..khas utk alat solek shj.
Kening yg dulu tebal dan ori..kini telah di toreh sehingga nipis.
Rambut yg kerinting halus telah di rebondingkan...
Cara & gaya bertutur yg dahulu spt muslimah sejati kini tlh menjadi2 sehingga blh diibaratkan spt ment*l apabila bercakap dgn org terutama lelaki.

Aku tak heran perkara2 yg aku sebotkan di atas ni..sdkt pon aku tak jeles ..sbb aku fikir, mgkn dia dpt menikmati segala2nya tu atas hasil gaji tunangnya...Lantak kau lah kan!!...duit tunang kau bkn duit tunang aku..upss!! Tapi yg aku tak leh tahan...bila dah beli alat solek beratos2..rebonding beratos2, beli itu beli ini beratos2...lps tu mengadu kat aku, duit tak cukop nak smpi kan akhir bulan. Kadang2 tu tak dpt nak beli jajan apetah lagi nasi berlauk utk santapan tengaharinya. Terpaksa ikat perot tahan lapar nak smpikan duit gaji bln berikutnya. Tempoh kawin cuma setahun..tp hampir 6bln berlalu..duit tak ada yg di simpan. Dalam akaun cuma ada RM30 katanye...Hajat di hati nak pinjam bank utk pengurusan majlis kawinnye nnt...huhh! aku naik juling bila dia ckp mcm tuh!...

Aku dah berbuih nasihatkan dia, agar simpan duit...beli barang ikut kemampuan, bkn ikut nafsu serakah. Dan lagi, aku pon dah tegor perubahan ketara pd dirinya...knp berubah mendadak mcm tu. Kadang tu solat zuhur pon tinggal...Bila aku tye mcm tu, dia kata..tunangnye mintak dia berubah..tak mau tgk spt 'pompuan kampong' yg sntiasa berbaju kurung, dan muka pon tak ade secalit bedak. Demi krn sayangkan tunangnya agar tidak terpikat pd pompuan lain spt dulu...dia tlh merubahkan dirinya sehingga hilang segala "keayuan gadis kampong" yg dia milikinya dahulu. Aku terlupa nak bgtau korang...Idah ni mmg semulajadi canteeekk..sbb dia berketurunan Pakistan...hidung mancung, bibir mulus....dulu kulit mukanya agak gelap sdkt...tp sekarang dah putih kemerah2an..cuma tak leh kena panas..kulit muka mula gatal2..atas efek alat solek yg dibeli beratos2 itu.

Dan yg tebaru dia ckp kat aku, dia tlh bersuka ria bercuti berdua2an ke Genting selama 2h 2m....Aku berdoa moga Idah & tunangnye dpt mengawal nafsu serta tidak diganggu oleh syaitan & sekutu2nya. Semoga selamat lah hendaknye...Amin!

Kadang2 aku terfikir...apakah dia tidak teringat masa susah dulu..mohon & sembahyang..serta ingat & bedoa pd Allah. Dan bila dah senang sikit..mula buat sambil lewa jer! Moga perkara ini tidak terjadi pd aku & si dia..serta keluarga kami.....aku mohon sangat2!..Amin



Nota Dak Aspa : Moga jd pengajaran utk aku kelak! Bkn niat aku nak mengaibkan kwn sdri..tapi

Renung2 kan dan selamat beramal!.......

Wednesday, July 1, 2009

Khas Untuk OKLIZ...

yeaahhhh!!! aim bek.....

Sebelom memulakan ayat...aku nak say...

Assalamualaikum w.b.t
pada semua pembaca blog aku nie....
msh ade pembaca lagi ke??? kesian kan..rmh aku ni dah mcm haperr je gamaknyer!!....penoh dgn sawang spiderman, batman, catwoman, cicakman, otromen....termasoklah ninja turtle pon aderr....hehehehheeh!!....pemalas nye haku kan???

Hari ni hari Rabu 1 july 09 bersamaan dgn 8 Rejab 1430h....
Cepat ye masa berlalu..dah setengah tahon kita tinggalkan angka '09 ni....
dan akan muncol '10 pulak....huuuu...

Perkembangan aku di tpt kerja adelah semakin ketat dan padat!...kdg x sempat nak mengulo wlau 1-2 jam.....selagi blm tutop mata...keje! keje! kejeeeeeee!!!!...

Ni aku dpt curik2 masa skt...sbb mmg berhajat sgt nak wishkan seorang kenalan alam maya aku yg aku jumpa kat ManggaOnline....siapa lagi!!! tak lain tak bukan terimalahhhhhhh.....


Aku nak cerita skt la perkenalan aku dgn Liz ni....

Okliz ni Otai kat MO (manggaonline) ...tak tau le taun berapa dia join...yg pasti aku join bln 3 2008, dia dah adoooo!!!...dan dah mesra alam dgn geng2 otai yg lain.
Aku sgt malu2 berok kekdahnye pada masa tu...ye la org baru, tanduk masih tenggelam!
Kendian dari situ, aku baca komen2 dari Liz ni...pd firasat aku liz ni amat bijak dlm penyusunan ayat & tatabahasa nyer....bijak berpantun seloka..dan bijak berbahasa Inggeris...Bravo!tak ketinggalan juga dia seorang yg kelakar.....
Kemudian aku yg Blushy Girl 2malu2 berok ni, cuba la meng'usha' liz ni.....Dan dari situ la kami teros berkawan..sbb aku rasa dia kelakar + aku pon kelakar + pemalu gitu...wakkakakakkak!!!
Dan skrg ni aku pon dah bertanduk mcm Liz, kdg2 bila baca komen aku kat artis tu..mau mengalir airmata darah le artis tu ....silap haribulan jd kassim selamat cucuk mata dgn garfu....huhuhuuh!!!

Tetapi reropenye Liz ni akan pencen awal sbb nak melanjutkan pelajarannye ke UPSI.....
Alhamdulillah, syukur nikmat....dpt la meneruskan pelajaran & mengejar cita2 yg diidamkan selama nie.....Tahniah!!!Dapat la ko mengembangkan ekorPeacockselepas nie....hehehe!!
Dan aku tumpang gumbira wpon rasa sedey teramat!!

So, aku doakan kau beroleh kesejahteraan & tercapai lah cita2 mu itu ye liz.....semoga mnjadi pelajar yg cemerlang, gemilang & terbilang hendaknye.....

Moga persahabatan kita akan teros kekal selama2 nye......

walau x sekata..tp kita serupa....

cukop smpi disini dulu.....aku nak wat kije lagi....

Jaga diri yea liz.....aku sntiasa doakan kau mendapat kejayaan!!...Good Luck my fren Valentine candy heartsValentine candy ambeklah wat bekalan mknan ko kat sana ye....



Nota Dak Aspa : Sunyi la MO lepas ni....aku pon dpt sminggu 2 kali je lepak sana...byk tetinggal ketapi dahhh..huuuu!!! Cun, ko nak potong aku potonglah.....aku dah nak pencen jgk nie... :P