lama benau aku tak apdet....kan???? pasan tak korang semua...mmmmm???

aku rase mcm nak humban jerk



Indahnya Dunia Jika Dihiasi Dengan Wangian bebunga nan Indah.....
lama benau aku tak apdet....kan???? pasan tak korang semua...mmmmm???
Dicatat oleh Aspalela di 8:20 PM 3 pengkritik terhebat
Label: miz u
tolong baca dengan penuh pengertian..
.....Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah.
Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa
Umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa
Pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M'sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?....
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan
dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita,
"Hang nak ikut ugama apa?"...
Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama
- maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depa minta di "tiada" kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam,dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain
-mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.
Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....
Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ?
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?
...Datuk Harussani tegur PMdan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?
...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"
....Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",katanya,
"Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"
... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
Allahua`ala `alam.
Nota Dak Aspa : Aku sokong Mufti Perak nie...Datuk Harussani...Moga yg lain2 tu terbuka mata & pintu hatinya. Kita skrg berada di akhir zaman.....dah byk perkara yg menindas / membelakangi ajaran Islam kan??? Sedih aku....
Dicatat oleh Aspalela di 10:07 AM 6 pengkritik terhebat
Label: Pengetahuan am
Dicatat oleh Aspalela di 9:46 AM 2 pengkritik terhebat
Label: saje
Makanan tradisional Melayu apabila di Englishkan....
1. Belacan = BELL - ARCH - UN
2. Tempe = TEMP - AIR
3. Cencaluk = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. Jering = JAR - INK
5. Pulut Panggang = PULL -OUT PUNK - GANG
6. Ayam percik = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. Kuih kodok = COW - EIGHT COW - DOG
8. Siput sedut = SHIP - OUT SAD - OUT
9. Pulut kuning = PULL - OUT CORN - INK
10. Kuih Karipap = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. Lempeng pisang = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. Pekasam = PEAK - A - SOME
13. Guali kambing = GOALLY - COME - IN
14. Sirap = SAY - RUBB
15. Gulai lemak = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. Cili padi = CHILD - LY - PADDY
Nota Dak Aspa : ASPALELA = Ask for lie la.........
Dicatat oleh Aspalela di 9:05 AM 3 pengkritik terhebat
Label: PPSMI
WHAT ARE YOU DOING 5 YEARS AGO???
* masa ni umo aku 20thn....masih student lagi
* Belom kenal mamarempit, Okliz, Kak Peah, Kak Tijah dan yg sewaktu dgnnye...yg aku kenal coma menteri2 je..sbb time tu aku rajin di temuduga..tp smpi la ni xdo 1 pon yg sangkut...
* Belom pandai bertenet
* Masih Buta IT ape tah lagi nak Youtube2, YM, Friendster bagai....
* Yg pasti time tu arwah mak ade lagi...
WHAT WERE THE 5 THINGS ON YOUR LIST TO DO TODAY???
1) Nak Jawab Tag Mama.....tp borak2 dulu ngan kwn opis
2) Nak Jawab Tag Mama.....tp g borak plk kat MO
3) Nak Jawab Tag Mama.....tp dah tghari..rehat pulak..ptg karang..
4) Nak Jawab Tag Mama.....tp g merendek ke Blog org dulu..bace2...sekali terbaca Okliz pye..baru teringat......
5) Nak Jawab Tag Mama......hehehhehe...ni baru nak hegeh2 buat..(sowy ma....kwang3)
WHAT WERE THE 5 SNACKS THAT YOU ENJOY???
1) Twisties....ape2 jek perisa
2) Air Bliss....yg manggo n strawberry sedap!
3) Yogurt...klu cari bliss mst kombo dgn yogurt....nyum nyum nyum
4) Ayam KFC..tu masok kategori snack ke???
5) Gegula MENTOS....yg biru dark tu tak moh..pedasssss....
WHAT ARE THE 5 THINGS THAT YOU DO IT IF YOU ARE A MILLIONAIRE???
1) Nak pegi Mekkah...tunaikan kewajipan dan capaikan hajat arwah mak abah
2) Nak Beli Naza Citra...aku minat tol la ngan pattern dia nie...
3) Nak Beli MYVI....ni 2nd choice aku...
4) Nak Beli tanah...usahakan ladang dan ternakan dan bercucuk tanam...
5) Nak Beli Rumah...
WHO ARE THE 5 PERSON YOU WANNA TAG???
sapa yg bace blog merah aku...anda di TAG!!!!!!......
hahahha..padan muko...
mana nak lari tu....jawab derassssssssssssssssssssss.......
Nota Dak Aspa : selesai sudahhhhhhhh.....lev u oll
Dicatat oleh Aspalela di 3:22 PM 2 pengkritik terhebat
Label: Tag dari mamakorang
sebenarnye aku sedang dilanda sakit tengkok.......
salah bantal la bebb....
so..nak toleh kiri kanan..atas bawah pon adelah amat berhati-hati...
tu ar akibat tido x hengat donia cam dlm gambo tu...padan muko aku..dah jadi robot lak...
huwaaaa waaa waaa
Nota Dak Aspa : Tepok bantal 3x dan selawat....
Dicatat oleh Aspalela di 8:05 PM 4 pengkritik terhebat
Label: salah bantal
Dicatat oleh Aspalela di 8:00 PM 1 pengkritik terhebat
Label: Cinta
N3 Aku pjg sikit ari nie..sbb aku tau..aku dah lama xde n3 baru kan? kan? kan?
Bagaimana RUPA agama islam?
(oh rupa-rupanya disini kau menyorok – petikan script sebuah filem…. Sumber hamka)
Ada org hantar email dan mintak gambar aku, nak tengok rupa sebenar aku katanya,
maafkan aku, aku tidaklah semanis Siti Nuhaliza atau seayu Erra Fazira..dan aku juga tak pandai menyanyi ape lagi berlakon.
Korang bolehlah bayangkan rupa aku sebagai seorang pompuan gemok separuh umur dengan gigi rongak depan dan hidung kemik serta mempunya seketol taik lalat kat idong sebesar duit 5 posen.
Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:
"Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau.."
"Isteri saya dulu, sama rupa macam awak.."
"Awak ada iras2, rupa nenek saya ler.."
"Rupa awak macam pelakon terkenal 'Adibah Nor' ler.."
"Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' (sebijik) macam engkou.." he he he..
Aku kata: kalau macam tu, bertuahlah minah tu, sebab manis macam aku! ha ha!(puji diri sendiri nih)
Bebaru ni kakak aku ada lahirkan sorang anak laki2..di tanyanya aku bahagian manakah yg sama atau menghampiri macam ibu bapa dia..
Aku kata: emmmmm, mata ada iras2 macam mak dia, hidung ada iras2 ikut ayah dia, mulut hampir sama macam nenek dia… tapi yg satu ni sama sejibik macam bapak dia punya!!!
Kakak aku tanya: bahagaian mana yg sama sebijik macam bapak dia.?
aku kata: ni.. ha ha ha.!. sambil tangan aku menunjuk arah kemaluan baby tu.
Oleh kerana kakak aku memahami aku, maka tak kedengaranlah timbul rungutan seperti:
"ehs..apa ni? teruknya.."
"awak ni tak senonoh lah!!!"
"Kotorlah awak nie.."
"jijiknya pemikiran engkau, lucah betul"
he he he…lantak korang ler..oh..aku melalut lagi!!!
Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…
korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu?
Tiga Bentuk RUPA Agama.
Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..
Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.
Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?
aku kata:Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.
kenapa?kerana kat situ ada amalan pasar malam;
Apa amalan pasal malam?Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!
Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam…macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman…
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!! Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…
Pertama SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU.(kat rumah)
La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .
"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"(Lagu :peristiwa akhir zaman)
Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang,maklumlah ada cerita "Superman return"(bayar tu!)
tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Satu cerita daripada encik setan(lebih kurang maksud):
"Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali,
kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid,
tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)"terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"
Dah tentu aku jawab :
"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"
Oh… Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2.. (oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)
-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.
( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )
-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)
-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)
huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!
Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…
Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh..
Kedua ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .
malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:
GOAL!!!!!!! Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!,
Nasib baik tak jadi mayat... ingat pesan Kak Pah: "carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"… isk..isk..
Ketiga ADA SUASANA UGAMA IAITU: -LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH. -WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH. -KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH. ------------
-----Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!! (oh..ummat sedang menderita…) --------
-----Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!
aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler… (oh..ummat masih menderita…) -------
-----Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat? lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!
aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku) oh…
Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak,
tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…
aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!
aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!
Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.
Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu,
Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana,
yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha)
YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… AMIN..YA ROBBULALAMIN…
ps: Rupa-rupanya, rupa mayat dan rupa orang hidup, tak de lah jauh sangat rupa-rupanya, rupa mayat dengan rupa org yg hidup..rupa- rupanya.. oh..begitu rupa-rupanya…
Renung-renungkan dan selamat beramal....
“Anda mampu mengubahnyer. ..”
Nota Dak Aspa : Aku kopipes dari emel aku......terkesan dlm hati....betapa dhaifnye aku!
(ade yg aku ubah2 skt...wat tambah lauk lagi sedap kaedahnye.....)
Dicatat oleh Aspalela di 8:46 AM 10 pengkritik terhebat
Label: muhasabah diri