? ??????????????Golden Afternoon? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??24 Grabs Today. 508 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 Ratings)??24 Grabs Today. 97865 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Totally Vaycay!? ????? ?????? ???Rating: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, May 30, 2009

Panduan Suami Isteri dr Dr. Fadzilah Kamsah

Abg Gugel kasik gambo Aleeyah le pulok!!

Pesal tetiba amek gambo pantin nie????

Heeeheh.....sebenonye dah lame aku x cek emel aku....
tgh aku menggodek2 emel..tetiba terbace ler emel yg datang dr Bulat

So, aku kongsikan le kat sini utk tontonan umum...(bace smpi abes tau)....ada unsur2 kelako ni...

okey...jom cekidot!!


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor
ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust tau tak!!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance.. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.




Nota Dak Aspa : Hormati isteri & suami anda....

Kisah Hantu!!!

errrr...............tatotnye saya nak baca cite antu2 nie...isshhhh!!


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya... " jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku...Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Nota Dak Aspa : Ropenye Hantu B tu le yg jd 'spare tyre' is3 hantu A ekk...wakakakakak....Bravo!

Thursday, May 28, 2009

Al-Fatihah!!

Pada jam 5.30 petang hari Rabu 27/5/2009 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1430h, kembalilah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W mengadap Illahi iaitu :

Tn. Hj Sanif @ Hussin
(pakcik saudara saya)

Bekas Penyelia Sekolah Anak2 Yatim, Muar

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat Illahi dan semoga arwah mendapat syafa'at Nabi Muhammad S.A.W serta diletakkan di kalangan orang2 yang beriman & bertaqwa...Amin Ya Rabbal Alamin!!

Al-Fatihah....


Jenazah akan dikebumikan pada pagi 28/5/2009 di Tanah Perkuburan Bakri, Muar.

Salam Takziah utk keluarga Allahyarham.....



Nota Dak Aspa : punca kematian dr surat doktor yg melaporkan.... terkini megalami kerosakkan Buah Pinggang ...disamping kencing manis & drh tinggi yg tlh lama beliau hidapi..

Tuesday, May 26, 2009

Smai TAG not Smart TAG....

ekekkekekke........ lama nau aku pendam kan ini TAG yg dtg dr SMAI ..rase dekat 2 minggu ekk smai??? sowy laa....aku cam bz2 tahap cipan gitu beb!!

OK!!! thru to the answer......don't buang mase....
nnt smai perambat aku tanpa kate2.......

Lets CEKIDOTTT!!

1. Apakah perkataan pertama anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda?
--> Sayang sayang Sayang?? Sayang sayang Sayanggggg! Sayang?....teros tutup lampu....


2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

(Peringatan!! Harap korang jgn cuba buat spt mana dak aspa buat!! Dia dlm moody skrg ni)


a) Membuka pintu rumah dan kereta.

--> guna dawai & gigi :B

b) Mencucuk plug soket.

--> Guna montot sudu besi & kunci moto

c) Simpan air minuman.

--> botol susu & dlm perot

d) Ketika blackout
--> henpon & asah batu dgn batu hga kuar api....hoh!


e) Meluahkan rasa hati

--> musuh ketat & pegawai pulis...


f) Siang ikan
--> kucing & parang panjang

g) Hendak buang air besar.

--> makan banyak & minum air panas banyak


h) Di mana anda simpan dokumen penting.

--> luar rumah bwh pasu bunga daisy
..(perompak! sila take note)

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
--> tutup tutt & tett!

j) Apakah yang anda guna u
ntuk potong kuku?
--> parang kontot & gigi :B

k) Melihat waktu?
--> tye org & pacak kayu di tgh2 laman

l) Kalau badan terasa panas?
--> duduk dlm peti ais & berendam kat kolam

m) Ternampak pencuri
--> jerit kuat2 & tlg dia (pencuri itu)


n)
Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
--> mtk tlg org amekkan & buat derkk je

o) Masa tidur apa yang anda peluk?

--> henpon & selimut


p) Tag?

--> hahhhhh!!! ko bace kan??? Jawabbbb derasss

dah jom balikkkkk......






Nota Dak Aspa : Aku msh dlm aura "MALAS NAK JAWAB TAG".....moody!!

Sunday, May 24, 2009

Cantik vs Tak Cantik

Salam koranggg......slmt berhari minggu.........pegi ke mana hari nie???

Okey,
ari ni aku nak kenalkan korang dgn bunge yg besar & cantik.

Korang kenal dgn Buah Naga kan?? alaaa...dragon fruit tuuuhh!!
Yeayy...sblm berbuah..dia berbunga dulu kan??..(ye arr..semua pokok camtu ye tak?? ape daa..)

Ni le Bunga Naga tu....



putih beseri jerkkk..Chantekkkkkkkkk kan?
tp malangnya, dia x tahan lama...kembang taim pagi...bila ptg, dah layu dahhhh...
Slps berbunga selama 12 jam.......kita kena tunggu bebrerapa mgu (mbe sebulan lbh) utk dia meghasilkan buah nye pulak



yg merah camni mmg manisss & byk air....sllluuuuuurppp!!
Baik utk kesihatan ni terutama sapa yg ade tekanan darah tinggi...mkn & minumlah airnye...utk mata yg ala2 rabun pon sesuay gak....(mcm aku ler..)..hehehe
Okey tu bab bunga & buah naga.....
Sekarang ni aku nak cite bab "Sipar Jepon" lak.....
(ape la kena mengena buah naga dgn sipar jepon ekk?? ) Bunny mmg xde kena mengena..ape tah lagi bersaudara....jauhhhh sekali laaa..
Okey!!
Coba korang tgk sipar jepon ni.....konon2 brand "QUICKSILVER" ....

Tp apesai Q.U.H.M.N.I.L.V.E.R???
Haaaaaaaaa...ni yg aku nak bgtau.....apesai ade urup "H.M.N"
Tetiba lak hurup "M" tu di ubah sampai jadi nama "Allah" (alif-lam-lam-ha)..... bila diterbalikkan
Tak Caye????
Tgk ni..............aku dekatkan lg...



Nampak???
Haaaaaaa......
dah byk dah mende2 camni aku nmpk& mbe korang juga penah nmpk kan??...terutama pd kasut & pakaian kita. So, kita kena prihatin bila nak beli sesuatu barang. Org kafir nak menjahanamkan kita...jgn kita pulak baik hati hulur kepala bg memudahkan dia memancung leher kita....
fikir2 dan renung2kanlahhhhhhhhhhhhhhhh.............(gaya Ust E.zi)





Nota Dak Aspa :
Yang pasti tu bukan sipar jepon aku ye....tu tokey aku yg pye...(tokey pakai sipar jepon je maaa.....)

Friday, May 22, 2009

Stamp! Stamp!....

Aku nak berehat hari ni la weyyyyyy...... nak tenangkan pikiran....


dpt ikan baung ke bang??? bape kilo??

Siyes!!!!...arini aku byk keje nak buat....
Aku just layan yg simple2 je la ekk mcm kak yus punye ni haa.....

**senyumlah..senyumlahh..ahaiii cek mek molek!!...............

Pada smai......ko jgn sentap!!

aku coba buat time aku tgh senag nnt key...(mbe time tu aku dah kaya raya..) ahhahahah....

ok.....wa chawww!

Nota Dak Aspa : wes tired.......(jawa + london)

Thursday, May 21, 2009

TAG Leena Pulak

Cuak nye aku bla dgr TAG nie....sbb aku baru nak tarik napas legaaa stlh selesai jwb TAG mama bwh tu..adey!!..peninn2.....harap yg disenaraikan tu jwb la yerk..hhehe..(jgn x jwb, nnt Aspa malu 44 hari..kkkekeke)

Tp yg ni senang laaa...so, sepantas kuasa kuda belang aku jwb sambil pejam mata jerk...caya tak???? x caya cuba tanye Aspa tuh.... T-Rex 2 ggrrrrr.....

Ni haa dia punye TAG.....opsss! lupe nak sebut sapa yg sudi TAG aku kali ni....hahhaha....memperkenalkan LEENA lah orangnye.....
okey....jom cekidotttt!!........

1) copy gmbr amal islam di bawah :


siappppp!!!

2) kemudian plih 10 sahabat dan wajibkan mereka melakukan perkara yg sama:

alahaaaiiiii.....teros bg kat org ke???? x de nak tye pape ke???....hehhehe...

okey dgn bebesar hatinye aku nak bg TAG & AWARD ni pada :


  1. ketiga2 org yg kena jawab TAG kat bawah ni.....( yg ade 16 soklan cepu mas tu lerrr)..sbb bersusah payahh beliau menjawab nye kan..naik semput rase...keh3...
  2. TipahVouge
  3. Mamarempit
  4. Okliz
  5. Smai
  6. Arapink
  7. Bulat
  8. Kak Cute
  9. Sayang Hasni
  10. Pikok
  11. Tebu
  12. ungkep

Opppss..terlebey sudaaa....

x pe aku rajin ni....

okey....aku nak jengah rmh korang pasni..sila ambil ye...

Ehhh!!....ni haa award nye.....amek tau..jgn x amek....




siapppppp!!

dahhh..tu je katanye....bye!
Mechanical Bull


Nota Dak Aspa : esok sapa lakk nak TAG aku nih??? rasa cam nak pitam lerrr....





Kena Lagikkkkkkkkkkkkkkk!!

di pagi yg hening......

Aduhaiiii.....sakit2 pulak badan aku arini....

cam nak guling2 je kat tilam Vono....(tp bukan aku pye lerrr..kui3..tilam aku 2 inci je tebal nye..)



bestnyerrrr! moga dpt mimpi yg indah...ZZzzzz



selang 30 mnt kemudian....



sakit pulak pinggang ni baring jerk.....mmmm

g buat keje amal lah......

nak skodeng rmh org lakkkk.....hehehhe..jeng jeng jengggggggggg...



fuyooo! pak Mat tu nmpk je dah tua..tp badan mantopppsss!



caya la Pak Mat.....steady beb!!



Aghhhhh!!...

Lepak rumah mama la..ade secawan kopi susu tu ..... lallala..smbl dengo lagu CT..smbl goyang pinggul kuat2....



Wwwaaahhhh......ade gambo baekk punye!!....agaknye ni time becintun le ni..lentokkkkk x hengat!

aku curik ar...kui3....shuttttt!! dia kat dapor tu..x tau aku datang....





comel je kan..kontrol ayu....


mcm x sedap badan je tgk mama kena TAG dr Tipah....aduyaiii!!..cam dah ternmpk2 sesuatu yg aku plg mls nak buat......hhmmmmmm..ape2 hal kena baca dulu..


> bacaaaaa..hehheheheh



>bacaaaa...huhuhuhuhu..



>bacaaa....hahahahha



>baca......wakakakkakakakakakakka


Sampai bab kena TAG..cam mls je aku nak baca......


HAAHHHHHHHHHHHH???!!!! KAN BETOOOOOOOOOOOLLLL..AKU KENA.... warga MO.. (siap mama panggey srh pungut TAG lagi td...adeyyyy!..)


Hambek la ni maaaaa......10 dasssssssssssss rasaaaa kan!!!


aku try jwb gak ler....Wpon cam geli geleman je nak jwb...hikssss!!


**********************************************************


TAG Berbunyikkk....


1) Apakah hubungan anda dengan insan yang mengetag anda?


Sama lah cam mama...kenal melalui alam maya tp bukan bermula di daerah blogging ini...kami kenal di daerah Mangga On9.... tp jgn tye tarikh haa!!..aku lupe..semut byk mkn aku..hehhee utk mama


2) 5 impression aku terhadap dia?


a) peramasss...hepp!!..peramahhh b) baik ati.. c) yea!..mama pon rajin apdet blog cam Tipah jgk


3) Perkara paling memorable yang dia pernah lakukan kat anda?


a) Mama sedekahkan aku sebiji rmh banglo atas nama Villa "kewarasanku"... aku tgl duduk je x pyh bayo sewa....**sapa x nak beb..benda free..kan???


b) Kasi Borang.. (x yah ckp la..)


c) sjk jd ejen Apalipit..lg memudahkan aku meng contact mama klu bekalan aku habis. **Tp bru sekali je oder...hehhe..tu pon x abes2 lagi.


4) Perkara paling memorable yang dia cakap kat anda?

"pa..jom la pegi makan2 bersama abg Motak kat Lemon!!!...pleaseeeeeeeeeee" **cairrr siottt....hehe...


5) Kalo dia kekasih anda, anda akan....?


Astaghfirullahal A'zim.............


==> mula2 sms pas2 tipon pas2 sms pas2 tipon pas2 sms pas2 tipon..(tanpa henti)..ayat mst lah berunsurkan


6) Kalo dia jadi musuh anda, anda akan...?


Huisshh...x mau la gado2...


==> cakap banayak x guna..terusssss zaaasssss!!!


7) Kalo dia jadi kekasih anda, dia perlu improve dalam...?

Geli la weyyy.......pompuan ngan pompuan ni.....aduyyy....

==> Belaan "cik Asma" nye haruslah dihapuskan..tp nmpk cam dah ok je ekk ma?? ni yg makin sayang ni..meh dekat abang meh......awwwww!!!....


8) Kalau dia jadi musuh anda, mungkin kerana...?


==>amek gambo kecik dia kat atas tu tanpa kebenaran....ampon maa..ampon ni dakukkkk!!!


9) Overall impression tentang dia?


==>malas nak taip ulang2...aku byk keje nak buat ni..rmh Cun x start lagi nie...ko skroll je la atas tu...x paham jgn tye aku! Tp yang penting ...."KERJASAMA"....kan mama kan?? But, overall..mama ade lah seorg yg kelakar..semua org, dia blh ngam...


10) Da' most desirable things to do to her/him?

==>ajak main bola tampar & boling..hehehhe


11) Apakah anda rasa pandangan orang terhadap anda?


==>kena tye org yg pandang aku lorr......


12) The character of you for yourself?


==> kelakar. Sebab aku pon suke tgk cite2 yg berunsurkan lawak jenaka. Tp tgk mood la, klu x kena gaya.....org buat lawak, aku buat bodo jeekkk...hehhe


13) On contrary, the character you hate bout' you?


==>aku ni ikut mood. Klu mood rajin aku smpi..semua aku buat & siap time tu jgk. Tp kalau mood mim alif lam sin aku sampai..ko suruh la mcmana pon......tetaaaaaaap aku x buat! Termasoklah kat opis aku ni haa.....itu lah aku......... **x baek punya org kan??


14) The ideal person you want to be with....


Arwah abah & arwah emak......sob sob sob......


15) For people who likes you, feel something bout' them!


diorang semua nye best2 belaka.....klu rasa busan & sunyi ke, sedey ke...diorang gak yg menghiburkan....aku nak ucap pada semua warga MO & rakan blogging aku....thanks a lot...


16) Nak tag....(aku nak cari lelaki..tgk, ape kata mereka jgn lelebey haa..)

1) Atan

2) Tok Nabe

3) Abg Putra....

dah 3 je..ni pon aku takut2....takut derang x mau jwb TAG..awww......malu seyyyyyy!!





Nota Dak Aspa : Beresss..aku nak wat keje lain pulok!!! Kang marah org tu....hehee sambil jeling2 dak cun...hehee

Tuesday, May 19, 2009

"Dia" Membutakan Cinta ku....

Ari nie aku nak ceritakan sesuatu ttg





C.I.N.T.A.......


Yeayy..aku nak story skt....tp rerasa pjg kottt!!!
klu x mau baca....x yah la bace....baik korang wat keje je lagi mendtgkan paedah..hehe

aku saje nak cerita, utk tatapan & pengajaran diri aku pd masa kini, esok & selamanya,




**********************************************************

Di zaman persekolahan...







semasa ting. 4...Nuri tlh berkawan rapat dgn kwn lelaki sekelasnye...Tomy. Drpd kawan bergurau senda tlh menjadi teman sejiwa, bak kata org "cinta monyet"... (sbb cintanye berlaku taim sekolah). Tapi pasangan ini cover baekkk punye..mbr sekelas pon xde yg tau ade merpati 2 sejoli sdg memadu chentaaa!!....dek krn nak cover line pye pasal....berdating pon tak pernah..cuma msg2 buat reaksi tersendiri (body langguage) dgn maksud lain....ada "kata kunci"... so hya Tomy & Nuri saja yg tau....


Hubungan "teman tapi mesra" antara Tomy & Nuri beterusan hga ke Ting. 5 dan ade jg dikalangan rakan2 tomy yg tahu tp mereka buat2 x tahu sbb dikala itu tomy tlh ada "aweks" di luar sekolah...


Yeaaa..Nuri pun tahu juga hbgn tomy dgn "awek" itu ttp Nuri hanya berdiam diri. Sebab tahun itu tahun nak ambel SPM..so...Nuri tutupkan tinge shj....Buat ape nak melenting sbb sblm ni cover x kasi org tau..x kan tetiba nak meradang kot kan....Lagipun hanya kwn2 tomy yg 2 3 ketol je yg tau, kwn2 Nuri msh xde sorang pun yg tau..sbb Nuri juga seorang yg "PERAHSIA" ape tah lagi nak cerita hal org lain.....Itulah sifat Nuri yg Tomy suke......**credit utk Nuri


Semasa mengambil SPM....ada kertas peperiksaan yg perlu diambil pd sessi petang...jd Nuri tidak dpt pulang ke rumah krn jarak rumahnye jauh..so Nuri tlh menumpang di rumah rakan sekelasnye..Ani..yg terletak sejauh 10mnt jika berbasikal....Ketika hendak blk ke rmh Ani, Tomy lalu dgn menaiki motor....lalu dia ingin menumpangkan Nuri selaku "teman tp mesra" nye itu....Nuri pun menumpangnye. Bgtu juga utk balik ke sekolah semula....Tomy menumpangkan Nuri wpon berulang alik tp tomy sanggup buat apa sajaa..smua utk Nuri.....


Bermula dari situ lah rakan2 Nuri tlh dpt menghidu....ttp malangnye ade yg menyampaikan berita hubungan "teman tp mesra" ini kpd "awek" Tomy...so, Tomy tlh kantoi dgn awek itu...mereka (tomy & awek) itu tlh betengkar di luar sekolah pd keesokkan harinye. Pada hari berikut slps kejadian itu...Nuri mendapati Tomy menjadi seorang yg pendiam, murung dan airmuka nye juga spt memendam sesuatu. Nuri mengorek rahsia dgn kwn baik Tomy...DiDi..ttp Didi spt telah diacu dgn pistol spya jgn memecahkan rahsia Tomy itu. Lalu dgn tekad yg kuat, Nuri tlh menalifon Tomy utk menyoal siasat laksana polis pencen...Tomy jg ade sifat yg disukai oleh Nuri iaitu.. "BERTERUS TERANG" . Dia tidak pandai utk memesongkan cerita bila berhadapan dgn Nuri....**credit jg utk Tomy.

Diakhir perbualan tel...Nuri mmberi kata putus..bkn putus hubungan yea..ttp kata putus memohon supaya Tomy dpt memberikan sebuah senyuman yg selama 3 hari diidamkan oleh seorang gadis sunti spt Nuri. Krn tanpa senyuman Tomy...Nuri sukar utk menjawab soalan SPM nye. Jika Tomy tdk senyum pd nye..maka tau lah Nuri..mgkn hati Tomy lbh pd "awek" itu. Awek tomy jg pnh berhajat utk bersua dgn Nuri melalui rakan sekelas Nuri...ttp Nuri malass..yea! malas dgn perkara remeh lbh2 lagi ketika peperiksaan besar ini.

Yeayy...stlh selesai papper pd hari itu..Tomy dan kwn2 nye tlh melalui depan kelas Nuri, kebetulan Nuri berada di muka pintu kelas utk pulang stlh habis periksa, Tomy menguntum senyum & lirik mata nye mengenyit ke arah Nuri...dan Nuri sembunyi2 mengangkat ibu jari, jari telunjuk & jari kelingking menandakan "I Love U"........berbunga kembali cinta monyet mereka..shgalah ke alam pekerjaan. Yeayy...percintaan mereka tlh diketahui oleh kuarge Nuri dan ayah Nuri serta ayah Tomy adalah 1 jemaah masjid yg sama.

**********************************************************

Di alam pekerjaan.....

Sementara menunggu result SPM...Nuri tlh mengikut kakaknya bekerja kilang eletronik. Nuri bekerja utk mendapatkan wang belanja jika dpt tawaran belajar di mana2 nnt. Dia x mahu menyusahkan kedua org tuanye.

Stlh stgh tahun bekerja sbgi "Minah Karen" dan kakak Nuri yg ditugaskan menjaga Nuri pon tlh melanjutkan pelajaran, tgl lah Nuri seorang diri di klg itu. Ttp Nuri amat lincah org nye berbeza smsa di sekolah. Nuri tlh berkenalan dgn "Mamat Karen" di tpt kerje nye. Ttp x lama bkwn, "Mamat Karen" itu ditimpa kemalangan...balik kerja dgn moto pd pukol 1 pagi & mgkn mengantuk..dia tlh terlanggar blkg montot bas...Allah msh selamatkan dia....masih pjg umurnye shga ke hari ini..Alhamdullillah! Tp Nuri tlh beralih arah......yeayy!! mamat karen itu amat kecewa.

Cerita si Tomy pula...

Dia sanggup utk mengambil & menghantar Nuri kerja. Ttp Nuri takut kantoi wpon sbnrnye Nuri msh sayangkan Tomy....lalu Nuri men suggest kan agar Tomy bekerja sbgi driver van kilang (angkut bdk2 kilang) di tpt Nuri bekerja...kiranye, buleh la Tomy bekerja smbl berdeting ngan Nuri...Dpt juga gaji..ye tak?? (pandai jg otak si Nuri ni)

Atas cdgn Nuri, Tomy tlh memohon utk bekerja sbgi driver van ..ttp malangnye....Tomy x dpt bekerja mengangkut si Nuri...Tomy disuruh mengangkut bdk kilang lain...aduhaiiiii..sedey nye Nuri!..Umpannye tidak mengena. Redhakan je lahh. Wpon bgitu, hubungan intim mereka ttp berjalan spt biasa..

Tatkala itu, Nuri tlh mmpunyai 2 org tmn lelaki selain Tomy..hehhe..(msh remaja, x serius lagi..suke tukar2 psgn, yg pentinggggg...enjoy!!). Yg sorang tu...along...(bkn yg kutip utang tu ye)...tp dia ni.... masyaAllah, pemalu nak mamp*sss....Nuri suke sbb along kata Nuri lah cinta pertamanya...mmm...dlm hati Nuri, ko x tau, aku ni dah ada yg spesel!!!

Yg kedua pula....Nuri jmpa ktka bersiar2 dgn kakaknye kat tasik....Yon namanye...dia srh Nuri ambilkan gmbr, then dia bg no phone srh contact bila gmbr dah siap..(ini strategi utk memikat..aku dah dpt agak dah). Dan dgn baik hati..si kakak lak tlh bg no phone pd kwn Yon..(gara2 kwn Yon adelah lg hensem dr Yon)..hehe..jahat!!

Bermula detik itu..sang adk badik ini pula berkasih2 kasihan dgn psgn masing2. Shga Nuri mula berjauhan dgn Tomy. Wpon bgitu..Tomy ttp mendail & menelepon Nuri utk bertanye kabar..yeaa..Tomy amat mengambil berat stlh kesilapan yg dia lakukan smsa SPM...credit lagi utk Tomy

Stlh keputusan SPM keluar, Nuri dpt melanjutkan pljrn..sdgkan Tomy terpaksa repeat SPM...kasihan Tomy....Lagu Tiara dr Kriss sering mjadi nyanyian Tomy di kala itu. Nuri jg bersedih jika Tomy menyanyi krn dia x sanggup dgr....sbb Tomy bkn dr golongan org2 yg suka menyanyi....jd korang bayangkanlah akn suaranye ituu.....hhmmm...
(woii!! seriussssss skt..melawak plk ngko!!) :( Okey2...maaf!

**********************************************************

Di Alam Penuntut.....

Yeaaaayy.....Nuri tlh bertukar arus, dia smkin rapat dgn Yon, lbh2 lg kedudukan rmh Yon dan tpt Nuri study lbh kurang 45mnt shj...so, Yon lbh ambil berat..sgla mcm datok nenek perkakas asrama & study semua Yon sponsor...Yon adalah org berwang..bkn beruang...tp ade skt2 la..heheh! Duit telepon semua Yon bg....tp separuh duit tu Nuri buat tipon Tomy...Cinta Pertama x akan dpt dilupakan...betol tu..aku setuju!

Semakin lama Nuri rasa dirinye spt dipermain2 kan..ada berita mengatakan Yon adalah kaki rempitttttt......dan kaki perempuannn....Yeaaa, Nuri pnh nmpk sdri..Yon bersama gadis lain..bila telepon, Yon kata itu awek kawannye.....dia kata kwnnye ktka itu sdg membeli rokok....mmm..Nuri ketepikan dulu dan Nuri terima si Yon itu....tp bila ramai yg berkata bgtu..& hati Nuri pun mnjadi x tenang spt smsa dgn Tomy, perlakuan & sifat Nuri pon agak kurang hajar lalu Nuri menjauhkan diri dr Yon..dan rapat kembali dgn Tomy. Yeayy..betol kata org..tepok dada tye selera....kita yg dpt rasakan diri kita sdiri..bkn org lain...jd pikirlah secara matang.

Blom habis menuntut, Nuri tlh meng clash kan diri dari Yon...dan berbalik smula dgn Tomy.

**********************************************************

Habis Menuntut.....



Fikiran dah matang.....lalu dgn 100% nye Nuri putus hbgn teros dgn Yon. Alhamdulillah....kiranye dptlah lari dari masok mulut buaya Yon itu. Nuri menjalin hbgn smula dgn Tomy..ke hulu ke hilir bersama Tomy...mencari keje bersama tomy, ambil lesen mandu bsama Tomy, menyoping bersama Tomy....semua Tomy! Dan akhirnya.......

sedihhhh niee.........

Rupenye Tomy ada kekasih hati yg bekerja di klg tpt Tomy menjadi driver van dahulu. Tomy mengaku, hubungannye bkn atas dasar cinta tp atas dasar kasihan krn "Wati" itu mnjadi mangsa penceraian kedua org tuanye...wati x pernah balik ke rmh stlh mak ayah nye becerai. Lagi 1, Wati ada penyakit....spt buatan org.....(buatan syaitan okey sbnrnye!) Wpon mak dia dukun, ttp x dpt menyembuhkan pykt anknye.....Nuri jd kasihan dan teramat sayangkan Tomy...maka Nuri rela kan Tomy menjadi kekasih Wati....hari2 Nuri berendam airmata & redha mgkn ini balasan Nuri krn menduakan Tomy dlu.

Wpon bgitu Tomy ttp mengaku syg dan klu buleh ingin bersama Nuri dan mnjadi suami nye yg sah! Sbnrnye Nuri msh mengharap cinta Tomy...dan sering keluar bersamanye krn hbgn mereka tlh diketahui oleh kedua org tua mereka dan org tua Tomy jg..mereka merestui. Tomy cuba utk bersama Nuri..ttp malangnye tlh dikesan oleh kaki2 mak si wati itu. maka mak wati tlh menghantar "sesuatu" pd Tomy.....setiap kali keluar dgn Nuri..Tomy seakan menggigil wpon di tpt pns matahari tepat di kepala, bdn jadi panas & berpeluh, hakikatnye badan Tomy sejuk teramat spt org kesejukkan,....Menaiki kreta bersama Nuri, cermin kete pecah....menaiki motor, jatuh sdri.....Spt ade ssuatu yg mengekori Tomy...dan smpi ketika Tomy buleh pengsan pd bila2 masa wpon tanpa Nuri disisi. Ayah Tomy cuba melawan "benda" itu...dan dia dpt tahu...Tomy tlh dikawal oleh Jin mak si Wati spya Tomy sntiasa berada dan jadikan wati sbgi is3 nye.....Tomy jg berwajah sugul & pucat..tidak spt dulu..riang & sntiasa berlawak jenaka.

Lalu, oleh krn sygkan Tomy, maka akhernya...Nuri melepaskan & menjauhkan diri dr bercinta dgn Tomy yg sekian lama dahulu menjadi tpt memadu kasih, berjanji setia bersama2. Mmg pedih x tertanggung hati Nuri di kala itu....pedihnya melepaskan org tersayang ke tgn insan lain. Betul kata org.."Cinta tak semestinya membawa ke jinjang pelamin..dan cinta juga memerlukan pengorbanan... berkorbanlah utk insan tersayang......" itulah madah2 Nuri yg menjadi pedoman hidupnye. Tak lupa juga Nuri sering mendoakan kebahagiaan Tomy & wati yg kini tlh begelar suami isteri.....

"moga kenangan antara kita menjadi memori cinta yg tiada penghujungnye wpon impian yg kita janjikan tidak kesampaian"

**********************************************************

~The End~


*watak telah ditukar ganti spya tidak menyinggung mana2 pihak sama ada yg masih hidup atau yg tlh meninggal dunia......*


** Nuri kini telah mendapat pengganti Tomy.....Alhamdulillah!

Nota Dak Aspa : Penat seyyyyyy nak mengarang......adeyyy!!....ayat ni hantam kromo je ni.. korang paham ker??

Friday, May 15, 2009

Cantiknyeeeee....


Selamat pagi Jumaat semuaaaa..........
moga semua sehat2 belaka la yerk.....

Tak sangka aku punye blog dah cecah sibu.....mmm.....perkembangan yg baguss...
**ecehhh!! masok bakul la ko aspa..muji diri sdri....

sapa la nak puji aku ye tak?? klu bkn diri sdri...kui3

Ni haa.....
nombor kaunter tlh mencecah

Agak2 nye sapa la ye yg dpt no nie?????????
mmmmmm......
cam lawo kan???

Apepon pada semua yg rajin menapak buat lawatan ke rmh bunga2 ni....Terima kasih di ucapkan...sekiranya sudi, lekatlah gambo2 kalian kat 4lower saya....nnt saya lak g rmh kamu....
saya kan suka berjalan.....ahakssss.....

ok..tu je...
Selamat Hari Jumaat sekali lagi....
jgn lupe..
Yang Lelaki pergi masjid....sembahyang
Yang Pompuan pergi masjid.....Masjid India...shopping..borong kain.....kui3..

adiosssssssssss.....asparagussssssssssss...



Nota Dak Aspa : Aku nak cerita sesuatu nnt la kat korang...ttg...."cinta"....tp tunggu dulu ar...

Thursday, May 14, 2009

Ayoyo..Kadawaley!!! Sekali kena TAG Jamban daaaa....

Arini aku rasa gumbira ... x tau lerrr nape!!.....

Sambil menari2 riang dan menyanyi2 lagu Stacy.."Aku Stacy" di depan bos aku... **nipu ni...mau kena ptg gaji klu buat pe'el gini

disamping terkinja2, terloncat2, tergedik2 di pagi yg sejuk ni.....**sebab dok dlm opis ..ekon bukak 26 dajah celcius...ttrrr..trrr...trrr

lalu aku pon amek sebijik gula2 cloud 9 perisa anggur..dan x lupe aku baca Bismillah!!....
lalu aku masokkan ke molot pirana ku ini.....smbil jenjalan g menyekodeng rumah2 (blog) org......**klu rajin aku tglkan sipar jepon aku kat komen.....klu x rajin jd sailen rider je ar...kui3.....

Sampai le ke rumah si cantik manis klon CT nuralija ini, ....fewittttttt!!!...
ku baca...ku baca...ku baca....dan teros baca N3 dia

"Wah! kena jwb TAG dia ni.....aku suker...aku suker"...dlm hati....
tgk org kena TAG & jwb TAG mmg aku suker..tp bila aku kena jwb TAG, mmg liat nak... tett!!....(18sg disitu)

Aku puji Tipah....kelako dia jwb TAG...tu yg tetiap ari aku skodeng rmh dia...kui3 **ni mst ko baru tau kan Tipah??...wakakaka..

Sambung balik bace...

bla....bla....

bla.....bla....

bla...bla....

sampai kat no 8) Harus jawab tag....

d) Aspalela


HAHHHHHHHHH????!!!!! ....terus tertelan gula2 cloud9 aku yg sebeso ibu jari tu tipah weyyyyy!!....gulppppp!!
alamakkkkk.....sembelit lagi le aku ni kang....adeshhhhhh!!

Nak jaga hati kawan punye pasallllllll......*ecehh...
aku kuatkan smgt gak le menjawabnyerr.....

Nahhhhhh!!!

**bersih nyeee akuuu.....

aku teray jawab yek.....sbb aku pon tgh kering idea...


1) Bila kali terakhir cuci toilet?

Toilet ekk??? aku ni rajin beno lps....o'ok!!, push, amek pencuci toilet, tenyeh kat bibir mangkuk, tinggal.......**kekdahnye, bior harum je tett!! aku....kui3...

2) Pencuci apa yang digunakan?

yg terbaru ni...aku beli 3 jns...KER-X, DUCK dgn Zhulian pye..(ape nama pon aku dah lupe). Ikut mood aku nak pakai yg mana 1.....**pilihan terletak di hujung jari anda

3) Dalam 1 minggu, baper kali mop lantai?

Ya Allah!!

Mop lantai??? Bab ni segan sikit le nak bgtau.....meh aku bisik2 meh!!

>>>pssstt!! psstt! time ade kotor je aku mop..tu pon tpt yg kotor. Klu xde kekotoran..makanye...xde la aku ngemop...wpon setahun. Naif nye akuuuuu....

4) Apa tugasan terakhir anda seblom menjelang malam?

Seblom mlm??? mandi..tgk TV smbl layan sms..setting jam kol 6pg...zzzzzzzzz!!

5) Apa menu hidangan makan malam yang paling simple?

Roti....beskot...kuih **beli taim blk koje..

ni pon dah psg angan2 nak belik kuih kat pakcik usop tu

6) Minuman slalu dibuat waktu pagi?

Teh O.....Milo.... bior bertenaga & kuat..**kuat membute..wakakakka

7) Seblom tido, apa yang akan dilakukan?

main game kat hp, layan sms ..(kan ke aku dah ckp tadi??...) baca mjlh....zzzzzzz

8) Harus jawab tag....

yg ni aku nak dera dakkkk....

a) OKLIZ....(ko suke skodeng aku o'ok ekk..hamekkkk!!)
b) MAMA....(ni org rajin ngemop..sesuaiii le ni)
c) BULAT....(sbb ko suruh aku ngecat kan?? ni balasannye...keh3)
d) SMAI.....(hang nak p mana tuuuu??? jgn lariiii...)
e) ARAPINK....(makwe koi...ekekekke...)
f) KAK PEAH....(ko terlepas dr azab Tipah, but disini tidakkkkkkk kak..tidakkk!!)

Beresss Tipah!!

aku nak makan gegula cloud9 oren pulak....jgn TAG aku wat masa ni..kang tertelan lagi...




Nota Dak Aspa : Sambung nyanyi lagu Stacy...GAGAP