? ??????????????Golden Afternoon? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??24 Grabs Today. 508 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 Ratings)??24 Grabs Today. 97865 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Totally Vaycay!? ????? ?????? ???Rating: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, May 30, 2009

Panduan Suami Isteri dr Dr. Fadzilah Kamsah

Abg Gugel kasik gambo Aleeyah le pulok!!

Pesal tetiba amek gambo pantin nie????

Heeeheh.....sebenonye dah lame aku x cek emel aku....
tgh aku menggodek2 emel..tetiba terbace ler emel yg datang dr Bulat

So, aku kongsikan le kat sini utk tontonan umum...(bace smpi abes tau)....ada unsur2 kelako ni...

okey...jom cekidot!!


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor
ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust tau tak!!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance.. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.




Nota Dak Aspa : Hormati isteri & suami anda....

13 pengkritik terhebat:

Anonymous said...

aspa aku da 1st bg komentar...."wahai para somi,alert la dgn apa yg aspa copy wright ni ok!!!"

miss ahjumma said...

ehmm..bagus nie..blh suh laling hafal sume nie..hehe..terutama no.10..hehehe

Kudus Ahmad said...

Balik rumah dah penant, so tido la kejap. takkan tak boleh kot...

Aspalela said...

BULAT>>>Bagus nau le ko jd 1st komen...sbb aku cilok dr emel ekau..hehehe...best!

ATIE>>>Lps ni letak signboard
"Dilarang Kentot Merata2..Terutama Di Depan Muka Is3"...amacam?? boley?? xD

CONAN>>>Aku x caya klu ko tido "sekejap"!!!!

ieda Harun said...

huk alooor pjg beno motivasi,jap lg bace ek,tuk leeya tu kan,selamat menyambut baby twin dengan selamatnya...aminn, pa ko ada bau2 belacan ke ngan dak leeya ni, tepek gambo bagai, bek ko tepek gambo ko pa lagi bes tau pa ...tah abad bila bisa ku menatap potretmu huhuhuu

OKLiz said...

Bagus2 pa....

supaya menjadi pengajaran berguna utk kaum suami...hehehe

abis tu rajin2 la tolong isteri yer.. ingat tak penat ke wat keje umah sengsorg.....hohoho

kueh bakar said...

nanti tgk congkak ye..tapi aku taksuka tgk citer hantu....hohoho

Aspalela said...

KAK CUTE>>>ade la bau2 ketiak kak cute ngan dak leeya nie...ekekekke.
Dah bang gugel bg gmbo leeya...tepek je ar...keh3...
tgu gambo dak aspa ni mmg ber"bisa" la kak... :)

OKLIZ>>>seb bek ko pompuan..klu laki..dah lama aku kawin ngan ko... nak soh basoh kain baju aku yg menimbunnn

KUEH>>>Jom!!! aku pon x suke tgk antu..kita tgk "JANGAN TENGOK BELAKANG CONGKAK" - Senario punye muvi......pasti kelako.... xD

Kak Lia said...

pa..bile ko nk nek plamin ngn abg .....tutttttt

Aspalela said...

MAMA>>>tunggu taun tutt! bulan tutt! hari tutt!...eheehh tutt hhe tutt hee tutt tutttttttttttttttttttttt!

**siaran tergendala sebentar...xD

mama mya said...

time kasih info yg bagus tapi kalau guna gambo saya sebagai pengantin lagi best kikiki

suka yg no. 23 tue hahahaha

S@Y@NGH@SNI said...

1. aku selalu hargai penat lelah hubby yang susah2 jer tanggung hutang aku.

2. bila hubby cakap aka ngomel kat aku, aku buat dek je..

3. aku selalu kata masakan hubby tak sedap, cakap jer pandai..

4. yang ni kami sefahaman....

5. bila ada hubby ada kat rumah, sume urusan anak ditanggung beres oleh hubby.

6. aku selalu duduk tersandar, hubby kemas meja dan basuh pinggan.

7. biasanyer aku makan dulu..
sume yang sedap aku bedaller..

8. tak pernah bagi tau nak ajak member datang, dah tercongok depan pintu pagar baru minta izin..

9. kalau dia sakat aku sukat ler..

10. aku yang selalu buat tu...

11. yang aku memang keje aku..selalu main wayang...

12. duit hubby duit aku, duit aku duit aku yang punya...

dah separuh nie, sume nyer takder kat hubby aku nie...
ahhhhhhhh..aku perlu unit kauseling rumahtangga nie...

Aspalela said...

SYGHASNI>>>ooo..cenggitu kesahnye yek?? maksodnye kena tukau tajok

"Penghargaan yg patut Isteri buat utk Suami".....

pssttt...seb bek somi hang x leh branak...ekekeke