? ??????????????Golden Afternoon? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??24 Grabs Today. 508 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 Ratings)??24 Grabs Today. 97865 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Totally Vaycay!? ????? ?????? ???Rating: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 30, 2009

Happy Labour Day


tikus ni xde kena mengena ngan N3 ekk..sowy....saje nak tumpang glemer



"Selamat Menyambut Hari Pekerja utk semua rakan2 taulan dan sahabat handai...."

Yg mana bercuti bersama kuarge...moga ianya diisi dgn kegiatan2 & kenangan yg amat manis yg sukar tok dilupakan.

Yg mana berjalan2 makan angin tu..sentiasa berhati-hati di jalan raya... klu
mengantuk benti tepi, rehat skjp..tido..minum kopi panas...klu ade scnd driver boleh tukar2.

Yg dok melanguk kat rmh tu...boleh la ringan kan tulang berkemas dan bersihkan rumah. klu rajin mengecat rumah lagi le bagussss.....x yah tunggu raya baru nak ngecat

Yg keje 24jam tu..boleh la bls dendam tidoooooooooooooooooo......3 ari tu, smpi bokop mata pon takpo..xde org marah.

***************************************************

okey ni pd sapa yg x mampu nak beli Exora yg ber GPS...(cam aku ler...)

boleh baca ni..utk panduan korang nak dptkan GPS termurah......

Sejak Proton MPV Exora keluar dan ada GPS ni, ramai orang yang tak ambil tahu tentang sistem GPS dan kelebihan GPS dalam kereta.
Kegunaan GPS ni ialah supaya kita tidak tersesat.

Ramai juga yang bercita-cita nak memasang GPS dalam kereta masing-masing. Tapi harga dia tahulah "masih mahal" lagi.
Maksud masih mahal lagi tu, akan datang ia akan turun harga lagi.

Sementara itu, sesiapa yang nak sangat buat gempak dengan sistem GPS ni, boleh try GPS yang termurah sekali berada di pasaran:


*******
******
*****
****
***
**
*




Lol amacam??? nak beli ker???



Nota Dak Aspa : Selamat Bercoti.....





AWARD..................yeayyyyy!!!

Award ni dari adik PIKOK , byk betol award dia dpt....jeles ah kak dek oi...


terima kasey ya dik.....


Dia kata sapa2 yg jd 4lower..kena amek award2 ni......so secepat kilat le aku jd 4lower adik ni....hehehhe.....dah lama x dpt award...rase manggeeeeee le fulakkkkk

:8)

(wah! sekali idong kembang x hengat punye nie....kui3)

Ade lagi aku terpandang award urk 4lower...tp aku lom sempat nak pikol bwk balik.....nnt la kejap...kumpol stamina dulu....berat nak bwk ni.....

ok! aku jgk nak bg award2 ni pada 4lower2 aku semua....terutama geng2 Mangga...

  • mama
  • Okliz
  • Tebu
  • CC
  • Bulat
  • kak cute
  • smai
  • ara
  • dan yang sama waktu dengannye.......(aku x larat nak naip...buleh kontot jari aku nnt)

OK....dipersilakan kutip sementara stok masih adooooooooooooooo....



Nota Dak Aspa : Aku nak meneruskan sessi mencari award lagi...hahahhaa..temahak ni

HONDA year 2010.....

Perghhhhhh...Gila meroyan aku tgk gambo2 HONDA ni...
bape la rege dia ekk?????









**********************************************************



Motor ku VS Kete ku

  • Motor - keluar rumah pukul 7.30 pg, bawak sambil menyanyi. keluar pukul 7.45 pg pun sempat lg tp bawak mcm org nak mati.
  • Kete - berkadar terus dengan tahap jem. Kena bangun awal, pastu datang opis mengantuk pulak

  • Motor - jangkamasa nak sampai 30 minit (dr pintu pagar rumah kat serdang sampai kat tempat parking bawah, bawak slow, belum rempit). 30 minit tetap, hujan ka ribut ka, kete terbalik tengah jln ka, asal jangan motor sendiri terbalik sudah.
  • Kete - kalau ada kete terbalik tengah jalan, kira half day la masuk opis, tekan tugas luar masa swipe masuk, takkpun tak swipe(cakap lupa punch).

  • Motor - naik motor ngan awek, awek peluk kita
  • Kete - naik kete ngan awek, awek peluk bantal dlm kete kita, sapa yang rugi. Ye la, kalau awek peluk kita, camna nak bawak kete

  • Motor - kalau hujan, basah bersama. boleh menguji kesetiaan awek
  • Kete - kalau hujan, kete basah. Balik kalu kete kotor, kita jugak kena basuh

  • Motor - kalau tak basuh, tak berapa nampak sangat
  • Kete - kalau tak basuh, jauh sebatu dah nampak. Pastu nanti orang cakap pemalas, camna nak jadi buat boipren. Bukan malas, kalau kete bekilat, orang pandang kita nanti awek marah pulak, habis tu camna.

  • Motor - isi minyak 4 inggit, full tank, tahan 3 hari
  • Kete - isi 40 inggit, belum full tank, belum awek ajak gi makan jauh-jauh, belum ronda-ronda, belum dapat gaji, belum!.. dan lagi, dan lagi

  • Kete - gi rumah family budak perempuan, nak ajak keluar, tetiba pulak mak dia nak ikut sekali, rosak program.
  • Motor - mak dia nak ikut sekali, nak duduk celah mana, duduk dalam raga boleh la.He he,Sekadar hiburan semata-mata.

Anyway untuk yang perempuan tu dinasihatkan lah naik kete, kalau jatuh kang, tergolek kat mana-mana, dah potong seribu duit hantaran. kui..kui..kui.....sape yg rugi??? Mereka dan kuarge merekaaa........Peace no war!!!

Nota Dak Aspa : dedua ni aku rembat dari emel lor......hahaha.....







Nak Tau Kat Mana Brek???


Lawak semata2.. untuk senaman muke di pagi kamis!!

Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2.
Jarak diantara rumahnya dengan bus stand memakan masa lebih kurang 45 minit.
Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yang turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan.

Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yang turun.

Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dengan nada yang marah..

"Siapa yang suka-suka tekan loceng bas ini..hah!!!"

Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yang melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti.
Kenapa pakcik tak turun??

Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sebab bila saya tekan saja loceng..bas mesti berhenti..!! !

Nota Dak Aspa : Adoyai pakcikk..buleh buat org sakit jantong lorrrr......







Monday, April 27, 2009

Minyak Masak SAJI jd Minyak Pelincir....

Hah????

Bior bonar????

Syok je dia tuang ekk???....

Boley caya ke ni bang???
Try lak nak mtk pendapatan ..(pinjam mama nye ayat power....) korang yerk....
betol ke?? camtu aku nak wat gak laa....hehehhe
MINYAK SAJI
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara. Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgr oup.us/oil. htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Nota Dak Aspa : Adekah boleh diguna pakai?????? sila la komen yerk.....







Al-Quran : Teman di Kubur

Mari kita muhasabah diri seketika....renung2kan dan selamat beramaaaaal!!

**walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu
riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan
pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan
mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau
dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak
akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau
bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan
berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu
akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita
tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya
sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan
apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan
janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia
teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...AMIN!! !


Nota Dak Aspa : Al-Quran penyuluh kita di alam kubur.....

Thursday, April 23, 2009

Fakta Menarik Hari Ini...

1. fakta benar: dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.

fakta rekaan: Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
- mama!!..ni xde kena mengena dgn papa hokeyyyy!!...emsori

2. seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
- Alamakkkkk.....adehhhhh!!...ishhhh!!..(tgh prektis nie....)

3. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar....
- hehehhe...lempeng dgn lempang pon dah nak ampir serupe kan???

4. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
- aiyaaaakkk.......itu pon x tau ka???

Nota Dak Aspa : ntahhapehapehentah...ni la bahana org tgh sesema.... Nerd





Aku tengah rajin nie.....(offer ari ni je..)

Haa..meh kalian semua!!..arini aku tgh rajin nak jwb TAG....(ari ni je tau..esok dah malassssss)...esok aku nak bergusti plk.....

Ni TAG dtg dari NEMO...2 kupang....2 posen.....

1. APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU?

  • ....dah terang2 la nama blog aku ni AKU MASIH SIUMAN....
  • PILIH??? yg ni kena tye mama ni....tp aku smpi laa ni mls nak tukar sebab aku rasa aku msh siuman lg...klu x siuman baru le aku tukau kot...keh3......

2. APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?

  • http://kewarasanku.blogspot.com ♥♥♥♥ (yeayyy..dpt lev2 dari mama..aku kopi je ni..fadan mukhe mama..hahah sapa soh letak sepah2...)
  • TIMBOL IDEA?? Ni pon kena tanye mama...dia yg buat. Agaknye dia tgh menimbon idea masa tu..tu yg mama timbolkan 1 tok haku..kan maaa kan???? Lagipon mama tgk aku waras je..dpt la idea dia...betol x ma???

3. APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA?

  • Suke Hati Jari Telunjuk Haku .....

4. PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

  • Penah..sbb kering idea.....lgpon takde tukang naip N3 klu aku tgh sebok keje....

5. APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI BLOG KEPADA PEMILIK BLOG YANG TAG ANDA INI?

  • Nemo Dua Kupang? Dia ni kaya raya, dermawan, hartawan, pustakawan, angkasawan, cendawan dan rupawan......smpi korang tgk pon nnt kena sawan..hahhahahahha

6. SENARAIKAN 5 ORANG YANG AKAN ANDA TAG:

Aku nak TAG :

  • atty (jwb ye kak...)
  • mamamya (hehe....jgn balas balik tau..)
  • atan (anggap ini tag suaikenal .. hahahah....)
  • ara (ko nak soh aku tebas rumput?? setelkan utang ni dulu....)
  • ungkep (bos bucuk aku ni mana pegi daa......)
dah tu jerkk.......aku nak merambu rmh org lak....carik TAG..pas2 nak TAG mama n NEMO...hehehhehe

Nota Dak Aspa : lalalallalala....arini aku gumbiraaaaa.....







Monday, April 20, 2009

Yessss!!!!..........Yessss!!...


Aku dah kureeeeeeng BZ..................

dah buleh hapdet...(tp wat masa ni blom ade hangin kus2 lagi nak hapdet)

Buleh buat lawatan TAPAK kat rumah korang semua...

jeng jeng jenggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!.......

Nota Dak Aspa : Kini kembali.....

Sunday, April 12, 2009

A eh!!

dari sapa ni??..dan ape benda nie??


hahaha...
cam saspen je kan??

ni ha.....



sory ma...nama x padam...heheh...


haaa....
tu dia.....
Mama kurier tok aku...padehal aku dpt ari Kamis 9/4.....tp ni baru nak tepek kat sini...
ye ar ...payah la kat pc opis ni bkn ade gigi biru pon....
nak kena emel....syeksyaaaaa.....

Ni aku nak cite pesal aku minum ini susu daaa...

Dulu aku kena demam ciku nyonya (hahaha..guna ayat bos bucuk aku...dak Ungkep), dan di tambah lagi demam sbb ditinggalkan arw mak... Crying 2

punye la lama aku menanggung sakit demam2 segala nie....
sendi2 aku mmg sakit2..smpi xleh nak wat keje....

so, satu ari tu aku terbaca 1 emel dari kak pandan (mbr MO yg dah lama menyepi)..

susu ni mmg bagus utk minuman harian kita..utk yg pentingkan kesihatan try la minum nie..
ye la..kita cuba mencegah penyakit..
kata org mencegah lbh baik dari mengubati..betol tak?
aku pon carik la dealer kat area BP nie...
dah abeh 1 tin dlm masa 3 bln aku minum...mmg rasa la perubahan nye....
smpi ni, Alhamdulillah...sendi2 tulang pon dah tak sakit lagi....
pas abeh 1 tin, aku stop kejap....
tup2 mamarempit plk jadi dealer susu nie...so, amat senang le aku nak mengoder...(duit blm bank-in lagi nie...hehehe)

So, sapa2 yg nak minum ni..sila hubungi mamarempit,
pstt... pstt.... ma....dapat diskaun tak? heheheh..... Wakka Wakka

Okey la....tu je tok ari nie...
jumpa lagi...
daaaaa.......... Blow Kiss


Nota Dak Aspa : Ni smbl layan anugerah Berita harian..agak2 sapa yg menang ekk? Bagus ar...yg dijemput naik ats pentas yg dah kawin2...heheh..cayookk ABH...





Saturday, April 11, 2009

KABINET BARU : AIYA TOK LAJIB, KESIAN SAMA KHAILY....

okey korang..
mari test suare korang sblm masok AF8 taun depan yea..

Lagu ni dpt dr emell aku..aku tepek sini...
aku dah tak leh tahan sakit perot bergelak sakan smbl nyanyi2 nie td..so aku kongsi kat korang plk ye...... Too Funny

Tolong nyanyi ikut melodi lagu Haiya Cik Siti yea....klu dpt berduet lagi bagus...keh3..

ok...testing testing..1..2..3....

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu apa pasat
Bikin ini macam???
Gua Ketua Pemuda
Talak jadi menteli
Itu anak Madey
Jadi timbalan menteli

Najib:
Marilah Khairy
Mari sayang
Ikutlah saja
Jangan banyak tanya
Kalau nak senang
Jangan banyak cakap
Nanti gua tangkap
Sumbat lu lalam lokap

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu sulah bikin
Gua manyak malu
Lu sulah buat
‘Future’ gua gelap
Macam olang Habsyi
Negeli Alab

Najib:
Marilah Khairy
Mari sayang
Jangan menangis
Jangan bising-bising
Nanti gua kasi
Lu hisap puting
Baru lu tau
Padan lu punya muka

Khairy,Jaga depan ada PR…
Mana…Lompat…
Aiyaaa…Lompat…
Aiyaaa…Lompat Khairy lompat…
Aiyaaaaaaaaaaaa…….

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu jangan takut
Gua tak belani lompat
Gua bukan macam
Pelak punya YB
Itu tiga ekoq

KATAK BANYAK BANGSAT!!!

Ciptaan : Baginda Reformasi

Nota Dak Aspa : amacam korang? hehehhehehe......aku paham..aku paham..korang mst tgh berdekah2 nie....wa cau dulu...nak cari cite hangit lagi...sila tunggu!!





Thursday, April 9, 2009

Ari nie aku BZ!!!

Tapi .....AWARD punye pasal..
aku gagahkan jua hapdet ini blog...

Blog ni dpt dari mama yg rajin sesangat memikol ke dlm rmh (baru cat) dia......pas2 dia paksa soh aku lak bwk blk..

klu x, dia kata nak putusssssss.......(putus tali ropia kot!..hehehhe..jgn mare maaa....)

Ape pon..Thanks mama.....

sape2 yg ade Award tu..sedekah le kat saya yek.......hehehhe

Semua dah dpt ke?? ok...Aspa nak bg kat :

1) Bos Ungkep .... (ko rerajin la amek award ni dan jwb TAG mama tu...aku piat tinge ko baru tau..)

2) Masviona.... (amek yea)

3) Mamamya....(amek jugak...sory lama x g rmh....nnt senang aspa dtg bwk kopi secawaaan!)



Nota Dak Aspa : Semangat nak mem"blog" blom smpi nie.....huff hufff hufff......

Monday, April 6, 2009

okeyyyy...
N3 bawah tadi kita cite pasal Love Blind kan???

sekarang cuba kita test pulak mata kita...mana la tau kot2 dah rabun2 yg hampir kepada Blind ke....(ish! harap jgn la yerk...)





Jom test mata anda sekarang.....

Okeyy.....
Kalau korang boleh tgk gambo baris ke 5 ~ 6 dgn terang dan jelas....
mata anda teramaaaaaaaaatlah memuaskan....

Tp klu selepas tu korang kena ketumbit...jgn carik dak aspa yerk....hehhehehe
sebab aspa nak...



lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkksssssssssss...... Speed Skating

Nota Dak Aspa : Hakikatnya...mata aku pon dah berbalam2 klu tg dekat2....







Wednesday, April 1, 2009

Love is Blind!!!



Yea.....
aku setuju sesangat pendapat ni.....
ye ar...klu dah cinta itu celik....kang camna lak jodoh pada si kurang cantik lak kan....
itu suda tidak adil......Betol tak??
Ape pon yg penting.....Kekal Bahagia Utk Selamanya..Hingga ke Akhir Hayat......

Wassalam!!...........

Nota Dak Aspa : Tu jerk hujah aku ari ni.......Moga korang pon bahagia hendaknye dgn pasangan memasing yek!!