Utk sahabat2 ku sekalian......
semoga bingkisan ringkas nie dpt menyedarkan kita....
dan jgn lupa......
utk elakkan diri dari mengumpat....upssss!!!!.....keh3
sama2 lah kita yeppp....
Nota Dak Aspa : selamat Hari merdeka!!
Indahnya Dunia Jika Dihiasi Dengan Wangian bebunga nan Indah.....
Utk sahabat2 ku sekalian......
semoga bingkisan ringkas nie dpt menyedarkan kita....
dan jgn lupa......
utk elakkan diri dari mengumpat....upssss!!!!.....keh3
sama2 lah kita yeppp....
Dicatat oleh Aspalela di 8:35 AM 8 pengkritik terhebat
Label: motivasi pagi
Ada plk aku dpt emel nie...so aku pon try tepek kat blog ar...keh3....
mana la tau semangat aku rajin tok wat sekot raya nnt...hehehhehe
Dicatat oleh Aspalela di 8:08 AM 3 pengkritik terhebat
Label: biskut raya
4/8/09...
**Alaaaa haiii....
punye lah lama ko dpt parcel ni...baru ni ko nak watkan N3 dia ye nokkk!!!
hehheheh....
Sowy ekk Yus
aku ni mmg 'lambat pick-up'....kwang3...
Aku dpt parcel dari dia nie lagi sekali slps yg dulu pecah pat blas...
kali ni yus bagi yg tak mgkn pecah...
klu pecah jgk mbe aku blh dikategorikan "muka pecah rumah"
**gulppp!!!
Dgn napsu yg meluap luap.....**sbb aku baru blk keje..penat le konon!!
dgn tangan terketar2....**chehh!! cam parkinson pulak daaahh
dgn mata terkebil2.....**sbb tak sabo nak tgk ape isi dlm..
dgn kaki yg sdg menahan....**yea, sbb aku x thn nak terkucil masa tu
lalu aku pon merobek lah dgn sepantas cahaya lampu picit yg tlh weak akan 'kepompong' ini...
jeng jengggg jengggggggggggggggg....
Dicatat oleh Aspalela di 11:12 PM 11 pengkritik terhebat
Label: Hadiah
Maaf le sbb aku lambat nak wishkan korang.....dah masok hari ke - 3 dah pun...heheh
Okeylah dikesempatan nie, aku nak ucapkan
"Selamat Berpuasa, Semoga dilipatgandakan pahala kalian semua utk tahun ini"
Maaf zahir dan batin....
Klu ade masa kang, aku buat N3 baru ye....
kesian rmh aku ni haaa..berabok! ade anai2 & kelulut.....
Ade sapa2 blh tolong aku bersihkan rmh ni tak??
Nota Dak Aspa : dah 3 hari pose.....ade ape2 perubahan tak korang?
Dicatat oleh Aspalela di 12:55 PM 6 pengkritik terhebat
Label: puasa
muahahahahhaha.....manje le sangatt
Kak kiut...aspa terpa rumah akak smlm ptg....
cam kena ugut je..
so, dgn baik hati nye..aspa jwb ekk...
1)-Beside
--> ni ape ni? ishh! cium pipi la best!!
2)-How did u feel when u woke up this morning?
-->Alhamdulillah..aku masih bernyawa
3)-Who was the latest person/people u took photo?
-->meow....
4)-Would u consider
-->spoiled?? mmmm....kena tye org la...aku tak tau
5)-Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?.
6)-Do u want someone to be dead?
--> huissshhhh..kijammmmm tu. Aku bkn Mat Top lorrr
7)-What does
-->"abeh, a/c aku takde pape ke?" ....heheheh....jgn tye lebih2..pelesing kang
8)-What are u thinking right now?
-->hoho..mmg tgh thinking psl mslh H1N1 ni..camna ni baiii! satu hari 6-7 org mati
9)-Do u want someone to be with u right now?
-->nak nakkkkk....sapa sudi angkat mesin potostet!
10)-What was the time u went to bed last night?
--> dekat jam 12 kot....tp bangun pagi liat
11)-Where did u buy the tee(t-shirt) u are wearing now?
--> arini tak pakai..tp aku baru beli kat The Store..dan aku baru pakai smlm
12)-Is someone on
-->ehem2.....jap lagi besday dah nak smpi...ape aku nak belik ni?? any idea??...
13)-Who was the last person who text?(tag) u?.
--> Kak Kiut..dia tak paksa..tp cam nak majok je aku tgk ayat akhir dia tu. Takpe..aku kan rajin arini...
14)-10 lucky person to do this tag?
--> Yang nak pergi toilet lps baca N3 aku ni....sila jwb
Nota Dak Aspa : siap 1 n3....wpon otak dah tepu nak pk.
Dicatat oleh Aspalela di 5:25 PM 12 pengkritik terhebat
Label: TAG kakiut
Aku nak cerita pasal kentot laaa....
Malu???
Alahhhh..gasak la korang..agak2 malu, sila baca next Blogger.
Klu nak termuntah ijau sbb tak tahan bau..sila g cari besen wat tadah muntah korang.....kui kui kui...
Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki kan?.. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru lebam muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka.
Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata..
”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“
Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama2. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria...betol tak??
Lelaki selalunyer terkentut secara tak sengaja. Bila dah "TERRRRR....kentut"
lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata....
”Tak senonoh la U nie…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu.
Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka. I likeeee....hehehe
Dulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin lah kan???
Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.. **cheeettttt!!! baik tapi busukkkkk.....keh3
Jika dulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang "tak senonoh", namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormatinya…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…
Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda. Dan mungkin juga anda ditertawakan secara berjemaah.......huhuhu!!
Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???
Dicatat oleh Aspalela di 12:12 PM 17 pengkritik terhebat
Label: info kesihatan
Malam ni malam Nisfu Sya'aban kan kawan2?
DALAM bulan Syaaban, terdapat satu malam yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban' iaitu malam yang mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan) , malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampunkan hamba-hamba- Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing kabilah bani Kalib.''
Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.''
Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
Apabila tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: Siapa yang mohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu … adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wata'ala) sehingga terbitnya fajar Subuh."
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.".
Di negara kita sendiri, apabila tiba malam Nisfu Syaaban orang ramai digalakkan menghadirkan diri memakmurkan masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi merebut keistimewaan malam tersebut dengan memperbanyakkan dan meningkatkan amalan. Sekarang ini, cara umat Islam menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan membaca Surah Yaa Siin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaa Siin, dibaca doa. Pada bacaan Surah Yaa Siin pertama, diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua, diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Oleh itu janganlah kita leka dan lalai dengan kesibukan urusan duniawi semata-mata seperti urusan kerja, pejabat, sekolah, keluarga dan sebagainya sehingga tidak langsung merebut keistimewaan di bulan Syaaban ini khususnya malam Nisfu Syaaban.
Nota Dak Aspa : Moh kita kejar sama2....jgn lupa ye!!!...
Dicatat oleh Aspalela di 11:32 AM 2 pengkritik terhebat
Label: Pengetahuan am